Welcome to 미아 blog

Thursday 9 February 2012

Stop Motion

Animasi gerak henti atau gerak pegun (stop motion) ialah satu teknik animasi untuk membuatkan suatu objek yang dimanipulasi secara fizikal kelihatan bergerak dengan sendirinya. Ia boleh dilakukan dalam 2 dimensi ataupun 3D dengan penggunaan tanah liat, dan juga objek-objek seperti botol, objek alam, kertas mahupun manusia itu sendiri. Animasi gerak henti biasanya dirakam dengan menggunakan kamera digital dan hasilnya, sejumlah gambar yang mempunyai pautan antara pergerakan terhasil. Oleh itu, apabila setiap gambar itu disusun secara teratur, atu 'pergerakan' akan terbentuk dan terjadilah sebuah pergerakan gerak henti. Biasanya gambar yang disusun itu kadarnya 24 bingkai sesaat atau 12 bingkai sesaat, bergantung kepada kesesuaian dan jalan cerita yang dibuat.



Di negara Malaysia, kebanyakan animasi yang berbentuk gerak henti ini susah dilihat, namun di negara-negara barat, ia mampu menjadi sebuah bidang pengkaryaan dan juga perniagaan. Contoh animasi gerak henti yang popular adalah Pingu.

Tuesday 7 February 2012

Sejarah Internet~

Sejarah Internet bermula rentetan daripada perlumbaan senjata di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Pada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1 yang mencetuskan perlumbaan senjata di antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat apabila Dwight Eisenhower mewujudkan agensi ARPA (kemudian dinamakan sebagai DARPA) untuk mendahului dalam teknologi. ARPA melantik J.C.R Licklider untuk mengetuai organisasi IPTO yang baru dengan mandat untuk melanjutkan penyelidikan program SAGE bagi melindungi ruang udara AS daripada serangan nuklear. Di IPTO, Licklider mempromosikan gagasan manfaat mempunyai jaringan komunikasi di seluruh negara dan ini mempengaruhi pengganti selepasnya untuk mengambil Lawrence Roberts bekerja bagi melaksanakan visi tersebut.
Roberts mengetuai pembangunan jaringan berasaskan idea baru pengsuisan bingkisan (packet switching) yang ditemui oleh Paul Baran di RAND dan beberapa tahun kemudian oleh Donald Davies di Makmal Fizikal Kebangsaan UK. Satu komputer khas yang dipanggil Interface Message Processor (Pemproses Mesej Antara muka) dibangunkan untuk merealisasikan rekabentuk tersebut dan ARPANET mula beroperasi pada awal Oktober 1969. Komunikasi pertama dilakukan di antara pusat penyelidikan di Universiti California di Los Angeles dan Institut Penyelidikan Stanford.
Protokol jaringan pertama yang digunakan ARPANET adalah Program Kawalan Jaringan (Network Control Program). Pada tahun 1983, protokol ini digantikan oleh TCP/IP yang dibangunkan oleh Robert Kahn, Vint Cerf dan mereka yang lain. Penggunaan protokol ini seterusnya menjadi meluas di seluruh dunia.
Pada tahun 1990, ARPANET dibersarakan dan dipindahkan ke NSFNET. NSFNET kemudian disambungkan ke CSNET yang menyambungkan universiti-universiti di sekitar Amerika Utara dan kemudian ke EUnet yang menyambungkan kemudahan penyelidikan di Eropah. Dengan pengurusan bervisi yang dimainkan oleh NSF dan disemarakkan oleh kepopularan web, penggunaan internet meledak selepas tahun 1990. Ini menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat memindahkan pengurusannya ke organisasi bebas bermula tahun 1995.

Thursday 2 February 2012

Facebook berakhir?...

^_^ Aloha guys...(apa khabar hari ni)

Topik aku hari ni pasal Facebook!
Ha!...korang ada dengar cerita tak pasal facebook ni dah nak berakhir? Means bakal ditutup ...
Facebook atau Muka buku yang dicipta oleh Mark Zuckerberg...


Tahu bila tarikhnya?  
15 March 2012!

Maybe korang yang setia bermain fb tu ada yang dah tahu and ada juga yang tak tahu..
Hm...aku pun kurang pasti tentang tu...tapi banyak media dah uar-uarkan tentang facebook ni yang bakal tamat riwayatnya ...
Tapi kalau nak diikutkan la, tahun lepas pun ada bagi tahu benda yang sama juga...tapi tak jalan pun~...
Whatever la..nak tutup,tutup jela..(AAK)...LOL..benefit bukan banyak sgt pun. Kalau nak banding kebaikan dengan keburukan facebook ni. Of course lagi banyak keburukan..korang fikir-fikirkanlah...tapi aku tak cakap la supaya korang stop guna facebook ni..bagi yang pandai menggunakan untuk kebaikan,just go ahead... So kalau betul facebook ni tutup i just want to say goodbye..sayonara~



Wednesday 1 February 2012

Animasi 3D..

What's up guys...
jom layan video animasi 3D ni...
hehe..klaka...n ada pengajarannya!~

Wednesday 18 January 2012

Web Animation Class~




First assignment for this subject..
I have create new blog.
welcome to my blogz ya!....
cheers!~